Seperti
yang diterangkan di atas, maka jelaslah bahawa wujudnya gangguan pada
sistem saraf pesakit sawan. Namun punca sebenar masih belum dapat
disahkan sepenuhnya dan terdapat banyak hadis mengenai penyakit sawan
yang menyebut tentang gangguan jin keatas pesakit sawan.
Diriwayatkan daripada Nabi Suliaman bin Daud a.s. bahawa baginda telah
melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya
berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya
kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat
membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh
memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi
Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada
jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang
paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah
Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak
Adam lelaki dan perempuan, …”Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa
Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang
dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada
telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin ibu sawan) tidak akan
menganggunya.”
Abu Sulaiman berkata bahawa apabila sekumpulan
sahabat berada dalam perjalanan (musafir) dan bertemu dengan orang yang
terkena serangan sawan, yang tidak sedarkan diri. Salah satu sahabat
membacakan Surah Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Orang sawan
itu segera sembuh. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai
perkara ini, beliau berkata: "Ia (Surah Al-Fathiha) adalah" Ibu Al-Quran
"(Ummu al-Qur'an) dan merupakan penawar untuk setiap penyakit."
Di Pusat Rawatan Islam, pesakit sawan akan diberi ayat-ayat berikut
untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah
untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah
membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam
dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat
minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada
Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi,
pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah
yang seterusnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang
berjumpa dengan perawat terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa
jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan
diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan
tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes di mana setelah pergi ke
hospital dan mendapat rawatan dan ubat-ubatan namun tetap mengalami
serangan sawan seperti sering kejang, mengigil dan berkhayal.
Boleh bagi no hp
ReplyDelete0108637976
DeleteInsyaallah sembuh
ReplyDeleteArea mn tu pusat perubatan...bleh BG alamat
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBoleh dapat contact atau alamat utk di hubungi
Terimakasih
B.bagi fon bole
ReplyDeleteBlh bagi alamt pusat perubatan
ReplyDeleteAssalamualaikum..boleh dapat alamat dan nombor tuk di hubungi
ReplyDeleteAsalamualaikum.. boleh bagi alamat dan nombor phone.. ni no saya 01132381656
ReplyDelete1xbet - Best Bet in 1xBet - Download or Install for Android
ReplyDelete1xbet is the best betting 토토 사이트 app in the world created for esports. It goyangfc is a one of the safest and bsjeon most trusted 1xbet login names among players. It offers a user friendly interface 출장마사지